Friday, December 31, 2010

2011

jangan dustakan dirimu

yang ditinggalkan hanya dibelakang,menoleh melihat sekadar ingatan.
jangan kau dustakan kebenaran.terpijak,terjejak.tak meninggalkan tapak
yang membekas jangan digalas,biarkan bertugu keras
jangan kau salahkan apa apa yang hadirkan pertemuan
 yang kau berpaling dari menjadikan ia ingatan
jangan kau biarkan yang jerneh menjadi keruh dihujungan
pasti ada mengharap jernehnya untuk kehujung kehidupan
jangan kau lupa luka yang kau rawat sekian lama
yang pasti parutnya menginggatkan akan kegagalan
jangan ulangi murka dihujung usia
kerana senja berlabuh menitis dukanya
takut esoknya mentari muram kehujung langit


untuk rakan seperjuangan dimaya.selamat tahun baru.muga kekal bahagia selalu.

salam hormat dari saya
me me(saya   

Thursday, December 30, 2010

makcik,sudah lamakah makcik tinggal disini?

Jawabnya"sudah 50 tahun....."
aku tanya lagi"berapa keluarga ada disini?
katanya"10 keluarga",sambil menunjuk satu kelompok rumah yang kecil dan ada yang masih dalam pembinaan
____________________________________________________________________________________
aku ingin katakan...makcik ini juga seorang pejuang,memperjuangkan tanahnya dari ditumpangi bangsa lain.makcik ini mempertahankan kelompoknya supaya tidak mudah mengalah dengan tembusan wang ringgit dan menghalau mereka dari tempat asal..aku berbangga dengan seorang makcik ini...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
anda harus berbangga sekiranya tidak meninggalakan yang asal dan menggemgam erat anugerah azali untuk menapak kepada yang belum pasti,atau teruja dengan huluran $$$$$$$$$$$$$$$ sehingga anda kehilangan untuk selamanya.jagalah tanah kita.rebutlah bumi kita....
jagalah yang satu satu satunya itu....

mimpi

aku hanya melihat dan hari hari aku memerhati
mereka cuma datang dan pergi,sesekali ,bersilih ganti
membawa pulang senyuman ceria,dan kenangan terindah
mereka ada segala punca bahagia,
mereka selesa dengan semalaman gajiku
dan makanan mereka adalah airliur yang sering ku telan sendiri
hanya kenyang dalam mimpi

aku hanya berani melihat anganku
bila akan aku jadi seperti mereka
menikmati dan lupakan sebulan gajiku
untuk menjadi kaya..

Wednesday, December 29, 2010

dakaplah aku

bukankah aku yang berdiri didada malam itu
malam yang pekat,malam yang mati
mati suara suara ketawa,namun berganti
suara merayu dan sayu
bukankah kamu mampu melihat dadaku
yang ada kehidupan ,dan kau mampu
buka satu satu
epilog dan monolog
berbicara dengan jiwa
tanpa membuka kelopak mata
dakaplah
kehidupanku,yang ku rela kau menerokainya
bukan aku yang ingin kamu
menemui aku dalam aku ingin menemui kamu
bukan aku mengharap ia terjadi satu pertemuan
dan kehidupan ini berakhir maksud yang tidak bermakna

ingatan itu.........

rintik hujan mengingatkan kehadiran gerunnya guruh
mengingatkan marahnya petir dan halilintarnya
ingatkan juga mara ganasnya ribut
dan ingatan itu semua orang tahu
samada ada rahmat atau murka matlamat
dan sewaktu aku mengais pasir.menulis sesuatu
datang air berlari lari memadamkannya
memberi ingat sesuatu itu juga tak pernah kekal
kecuali simpannya diam diam dalam hatimu

aku mendongak mencari angin yang damai
nampak ku helang menyambar ikan dilaut
semuanya ku faham ia adalah sementara
bila helang jatuh lantaran tamakkan ikan diparuh

ku ingatkan satu ingatan
menjauhi dari mendekati adalah lebih sempurna
kiranya kita tidak mampu menjadi pemilek
atau sebelum diri diherdek

Monday, December 27, 2010

dimana pun mata itu..

  aku dibutakan dari memandangi segala
rebah dayaku lantaran mata seribu itu
dimana mana.seperti diintai
tidak faham kenapa langit juga melihat bumi
dan memimjam lampunya dimalam hari
berhutang dengan bintang bintang
mengarah bulan bulan

aku jadi keliru
mata itu memandangku
memandangku dari seribu penjuru

Sunday, December 26, 2010

biar kita seadanya saja

"buat baik berpada pada
,buat jahat jangan sekali"

tak perlu pergi jauh,kerna kabur arah hujungnya
tak perlu  kepuncak.kalau  sudah termengah dipertengahan
tak perlu berenang,kalau tidak pandai menyelam
takperlu berakit.kalau melawan arusnya.

biar kita begini saja
bepadu rindu,berpada sayang
menyukat rasa sekadar saja
kita saudara,kita apa saja
berpegang pada satu satunya

                  

   anak itek tekedek kedek
anak ikan terenang renang
kalau hayat tidak pendek
selamamya kan ku berjuang

Thursday, December 23, 2010

sutra itu

Add caption
kejauhan dengan selebar kain sutera
cinta mu membalut tubuhku dengan kerinduan yang pasrah
selembut dan secantik sutera
seperti ingatan kepada kedamaian senja
sutera yang ku baluti tubuhku
juga membungkus jasadku takkala roh aku mencari dirimu
yang terpisah lantaran kau dan aku hanyadi pementasan dunia
namun sutera itu menceritakan segalanya
kesanggupan. kerinduan,dan kecintaan..manusia...

kehilangan kata kata

.................................

.................................................
............................................
..........................................
sebanarnya tiada perkataan untuk dikatakan
dituliskan
diberi gambaran
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
.....................
...............bisu
diam
kelu.
diam..

Wednesday, December 22, 2010

semalam

akulah yang mengeledah makna makna yang ditinggalkan
sehingga aku temui secalit arang
tercongteng diwajahku sendiri
dengan tangan yang ku sembunyikan
dan arang yang ku abukan

semalam aku yang memecah pintu rahsiamu
yang kau sembunyikan dalam banyak makna ungkapan
yang kau simpan dalam lipatan kenangan
semakin ku faham makna kekosongan
kegembiraan yang hadir tidak janjipun pengharapan

Tuesday, December 21, 2010

TUAN.....

tuan
saya disini ingin mengoyak langit
melihat apakah yang ada didalamnya
ciptaan yang tak mampu aku akalkan 
dalam pemikiran
tuan.
saya ingin menunduk bulan
biar saya boleh berbicara dengannya
memohon cahayanya untuk seluruh kehidupan
tuan,
saya ingin mengapai bintang bintang
biar saya nampak terbilang
biar orang datang
biar orang pandang 
agar saya tidak kesepian

tuan
kata kata ini datang dari puan.......

Monday, December 20, 2010

bila dia merindui mu......

aku lepaskan tanganmu
yang enggan ku lepaskan dulu
yang kita angankan beriringan dipersisiran pantai
yang bayu membisikkankan ............................

aku takkan lupakan ..setiap kata yang merungkai jiwa
yang terbuai buai aku dan rasa bahagia seketika
seketika kau membenamkan kenangan lukamu
seketika kau menjauhkan diri dibelantara
aku takkan lupakan kata kata itu.
ye kita seakan berkongsi segala
menerima mu biar kita jauh dimanapun
angankita sentiasa dekat,dan makin dekat
kini entah apa....
kau mencari anganmu dengan sesiappun yang menyapamu
atau yang membalas sapaanmu
dan kamu tersenyum padaku
yang melihat dengan mata yang sakit
hati yang jugaperit.

aku seakan tidak lagu memberi makna
seperti kau lupa,
aku yang kau sapa
dan aku yang membalas sapa
dan bila dia mulai menguntum rindu
menulis lagu merdu
aku akan pergi

dan tahukah makna hati ini?

Saturday, December 18, 2010

sebuah wajah

aku sudah simpan raut wajah ,juga renungan juga senyuman dan usiamu dalam catatan,yang masih perlu ialah
masa tenangku,dan masa rinduku...
biar kau tahu dipaparan itu terhimpun sebuah wajah.....milekmu..
milekmu yg kekal....

buat sajak lagi senang

menulis tidak susah tapi payah menulis benda yang susah
yang susah ialah untuk memahaminya juga bukan senang
hanya yang pandai faham dan tidak susah baginya
memahami  yang tersurat atau  tersirat atau berselirat
yang hanya tahu menangkap maknanya dan mentaksirkan
dia adalah seorang penulis....

berbangga dan terpegun dengan seorang karyawan ini
kata katanya menyingkap sedasar maksud yang disimpan
bahasanya puitis sukar difahami sekali laluan
harus berulangkali memburu maksud dengan akal yang bijaksana
katanya katanya sering sayu mengajak mengenal ilmu
memahami setiap patah yang bergolak dihati
dia adalah seorang penyajak terbijak

aku menyanjungi dia.ingin memahami dia
diam diam ku simpan rasa hormat dan rasa kagum
ingin aku menuruti jejaknya dalam bayang kelam tanpa izin
diam aku ingin berguru dan mengcengkau ilmu
dari mana datangnya ayat ayatnya yang meruntun kalbu
mengajak pembaca mencari makna dan mencari jiwa
mengheret minda menilai  inilah dunia....

Thursday, December 16, 2010

aku kah itu

tulang temulangku seakan patah semua
sendi sendi seakan tercabut dari penghubungnya
bernafas yang payah.seakan beban memhempap dada
memanggung kepala seakan batu terikat didasarnya
ini adalah kesakitan
yang ku rasa azabnya sementara
dan ku belajar darinya
azab yang lebih derita disana
dikiri kananku adalh kata kata pujukan
yang terluah dari hati tanpa henti
mohon kesabaran hanyalah dugaan
supaya bershukur dengan rezeki nya kesihatan

marah seorang ibu

perlukah bertempik?
biar sedunia tahu kemarahannya....
perlukah berleter?
biar lega berat beban nafasnya......
perlukah menjerit?
supaya hati radangnya didengari ke gaung gaung kebukit bukit.....
perlukah layangkan apa apa yang boleh diterbangkan
supaya hatinya puas dengan kehancuran yg disindirkan
perlukah semua ini.
siibu hadapi dengan diam.
resah dan putus hatinya hanya dihujung hatinya
berdoa dan mengasihani
diam menang dan anaknya akan faham
luka dihati ibu bukan kepalang
biar anaknya mengerti
diam ibu bukan membenci
diam ibu kerna takutkan
doa dari kemarahan
adalah berkekalan

Monday, December 13, 2010

hmmmm malam ni separuh bulan

terang separuh separuh lagi kemana
terangnya diam bersembunyi
bawa rajuk hati luka kemana
bukankah pungguk juga sedihsendiri

Sunday, December 12, 2010

lelaki itu....................

jauh dinihari keawal pagi
selimut sutera namun lenanya terjaga
semyap sunyi namun tiada mimpi
matanya pejam mindanya terbuka
resah apa mengugat tidur yang mengembara
antara dunia reality dan fantasi
lelaki itu......
tenang dimuka resahnya ketara
sembunyi rasa payah dalam jiwa bergelora
hidup nampak sempurna dan dipuja
namun seakan sukar bahagia direncana
kerana apa....lelaki itu
selamanya berdusta....dengan cinta
setianya juga tidak dijaga
hati rapuh dengan rayuan wanita
hati isteri juga tercela....
lalu dia dengan dunianya
pejam mata dalam tidur terjaga
gelisah payah........

Saturday, December 11, 2010

ini hanya lagu

 seorang yang haus berzaman
dahaga apa yang diterokai.dalam susulan langkah kaki
luka hati luka kakinya mengatur kebuntuan
masih bersisa dengan kemahuan

air mata tidak mampu ku tadah hilangkan kehausan
aku tetap mahukan cinta yang mampu ku gemgam
bukan sementara tapi berzaman lamanya
namun haus dahaga dibumi gersang tidak ku temui
hidup tanpa cinta buatku hilang upaya
dalam hujung nafas aku masih berwaspada
tidak tersesat dalam kebenaran
tidak tumpas dalam hasutan

anak kecil itu apa tahunya tentang maruah dan asas kehidupan yang bakal dilaluinya

tangis dia namanya maria
berlari teresak dengan calar lebam dibadan
dipukul oleh ayah lantaran enggannya mengikut kemahuan
anak didera semahunya.........
apakah anak itu jadi beban dendamnya
pertaruhan kemarahan dek pendeknya akal
kosongnya jiwa dan ceteknya iman
lalu siibu meraung
meraung sehingga kegaung gaung
langit melihat bumi ,dan dunia tidak menyapa......

Friday, December 10, 2010

jauhkan aku dari diriku

dia bersuara,berteriak,dan menelan kata katanya semula
dia menanggis.ketawa.dan selamba bersahaja
dia penipu.menipu dan selalu tertipu
dia adalah diriku yang aku ingin jauhi
dia adalah bukan jelmaan aku yang dulu

Thursday, December 9, 2010

aku tanpa wajah

pandangan tidak tertumpu kearah manapun
lantaran buta  menilai budi manusia
nafas pun tidak ku sedut dalam dalam
ku biarkan ia begitu saja,hidup seadanya
senyuman tidak ku lihat ia suatu yang menggembirakan
namun tetap terukir dalam kepayahan
ku abadikan ia dalam hidup yang saja saja
mana khutradku melawan arus
mana setiaku pada dugaan
dan mana janjiku pada kehidupan
aku tenang dengan seadanya
biarkan saja apa apa
diwajahku tiada apa yang mahu ku lihat
dicermin pun aku berpaling
aku kehilangan rupaku
kehilangan diriku jua.....

Tuesday, December 7, 2010

diantara antara itu

lalu aku sudah selesai
memikirkan antara diantaranya
membelit fikran dan membelai resah
dan humbankan aku kelurah lurah
celaka meranap seluruh jiwa
lalu aku sudah hafal
angka angka yang aku padamkan
riwayatkan diam diam
tanpa dendam dan pendam
lalu aku sudah merdeka
dlm jalanan tidak ada duri menikan
tidak ada sakit terbuang
segalanya sudah disingkirkan..
jauh jauh,dalam dalam....

kerana apa.......

bila aku terkelu dalam api cemburu
ku padamkan asapnya tidak kabur pandangan
biar hati terbakar.tidak ku nampakkan abunya
biar debu hilang tanpa tinggal sejarahnya
rupanya sakit ya tuhan
cinta yang meracuni fikiran
sakit sembilu yang tajam
seakan menikam kejam
rupanya pedihnya ya tuhan
hati yang terpaksa ditahan
mengendong rindu yang terbeban
lemahnya aku hadapi dugaanmu ini
dalam aku melangkah tenang
teruji dengan tempang.

Tuesday, November 23, 2010

bila aku menulis

sebenarnya ia cermin yang lain
arca  paparan resah
atau ia adalah risau
yang sedang melanda
bagai angin kencang yang mengila
kemana arah dengan marah

aku melihat ia adalah gagal
sebelum aku diuji
terhiris dalam  pura pura ketawa
senyum dalam sakit hati kecewa
untuk siapa ,d binasakan rasa

untuk seorang kawan
tundukku diranduk
sakitku terduduk
dilihat aku seperti bodoh
untuk siapa dipergunakan

untuk seorang dia
pendam terpadam
bersama tenggelam
karamnya perasaan
namun sayangnya
tetap tersimpan

untuk seorang kamu
yang entah bagaimana
perasaan yang apa
tetap datang dan sakit juga bila hilang
dan yang pasti,tidak ada pastinya
 namun biarkan  hilang perlahan lahan...

Friday, November 19, 2010

ingin aku sayang kamu

sebenarnya aku beri kamu racun
untuk kamu faham bahawa kehidupan ini kejam
dan kamu hadapi dengan imanmu,untuk menuju nafas akhir dengan aman
dan itu tanda sayangnya aku....untuk membenci aku


kalau aku adalah sisa luka.yang kau kutip semalam
humbankan kelaut dalam.agar tidak menjangkiti dirimu
dan merosak kehidupanmu
dan kau bisa gembira dengan anugerah anugerah
dan jangan peduli dada ku yang parah

kalau aku hilang.
itu tandanya aku sayang.
namun bukan juga tidak menghalang
kerana ia sekadar angan angan
bagaimana harus aku lukiskan
kanvas yang rosak didepanku
dengan berus yang patah dihujungnya
dan warna warna yang muram bercampur
sedang niatku ingin ku lukiskan pelangi
yang meretangi mentari yang murung dihujung langit
yang niatku juga,bersama sama menghirup dingin malam
dengan terang cahaya bulan
yang ku garapkan harapan ,
menikmati kegembiraan dalam samar usia
untuk menghirup kegembiraan

takutku juga pada lukisan
dinilai buruk dan dibuang
dan segalanya adalah kesal
tuhan
aku tahu niatku
memberi laluan yang redha untuk dimengerti

Sunday, November 14, 2010

ye aku memang bersalah

maafkan aku
pelarian yang bersembunyi
diruang sudut hatimu
tanpa diizinkan aku terus bersemi
maafkan aku
kerna aku akan pergi
 dan tidak menoleh lagi
terima kasih
untuk aku merasa
dunia untuk bercinta
dalam mimpi gerhana

resah tertambat

bukan dicari
datang sendiri bertapak dihati
cuba ku singkir makin menhuni
seakan pajakan akhir mati
bukan mengharap
pasrah hanya menurut rasa
cuba ku akalkan kewarasan
sujud tasbis mencari laluan
jangan samakan aku dengan mereka
bukan mengheret kamu keneraka

Wednesday, November 10, 2010

karma bertandang

cerita dulu.dan kini
kembali .dan terbalek
dulu aku menyakiti.melukai hati hati
kini aku terima sakit yang sama
sedang tidak ku harap apa apa
dari sandaran karma
kau adalah karma
melihat aku yang sedang
dipenjara oleh kekesalan
dan aku hanya meminta
kemaafan dari hati hati yang terluka...

Saturday, November 6, 2010

wajah sesumpah

dingin pagi ,terik mentari atau damai cahaya bulan
wajah yang serupa.ku temui ditaman
wajah yang sama dimedan perjuangan
yang menyamar antara popohon muda dan tunggul yang tua
hanyalah cita rasa.dan rasa cinta
berubah kepohon pohon rindu
yang sama sakit merindu

wajah mu,yang berubah hanyalah warna
menyamari suasana
hanya gerak hati melihat dengan mata beroda
aku temui kamu dimana mana
dalam berbagai rupa,juga kata kata

wajahmu.
samada berupa sesumpah.atau kamu menyumpah
kehidupan lalu atau aku
tetap dihati,merindu
akan selamanya
sehingga ku pejam mata.

kalau ada senyum

aku hanya menanti ada senyum.dan mata yang merenung.hati yang termenung.untuk aku.
aku hanya menunggu ada senyum dan mata yang kuyu hati yang merayu untuk aku.
aku hanya menanti saat  itu

Thursday, November 4, 2010

yang katanya teman/kawan/sahabat/rakan/

pada aku kamu bukan sahabat
bukan juga teman
mungkin sekadar kawan atau rakan

namun aku salah pilihan
kamu ku jadikan sahabat
kamu nampak hebat
kononya nampak luka yang tak diubat

lalu aku tumpahkan rasa percaya
aku cerita cerita.
aibkan diri konon berkongsi
tapi apa jadi?

ceritaku tidak lagi rahsia


Wednesday, November 3, 2010

ibu......lihatlah aku

hari hari aku cuma dengar
jangan buat itu.
jangan buat ini.
kalau aku buat ibu pulas telinga
dan kata kata ibu berbisa

hari hari ibu marah marah
sakit hati tambah parah
rasa nak lari dari rumah
abah dimana arah

hari hari ibu bekerja
tidak berhenti peluh ibu
ibu marah abah tidah terarah
aku jadi pilu

hari ini aku melihat
ibu mengalir air mata
depanku cepat dikesat
memaling wajah takut dilihat

ibu lihatlah aku
aku melihat kamu
dan sedang memahami
kenapa ibu begini....

keliru

tiba tiba
hati jadi sepi
setelah diketepikan
tiba tiba rasa sunyi
setelah disunyikan
dan aku jadi keliru
setelah dikelirukan

termanggu manggu
tersipu malu

aku kalah diuji
wajahku bersalut tahi

ingin marah atau biarkan

suatu masa
masa kita girang
atau masa kita kongsi cermin yang retak
melihat wajah masing masing

aku hadiahkan kehidupan silamku
kongsi kesedihan

hari ini
hadiah itu ku nampak tercampak
dengan kejam
jadi bualan
jadi ejekkan 
jadi ukuran

hari ini
cermin retakpun telah ku buang
tak guna untuk dikongsi
kerana wajahmu tetap retak seribu
seperti hatimu juga...
kita putus sekarang
atau biarkan......

jangan kata tidak

kehulu aku
kehilir kamu
tidak kah kita pernah berjumpa

senyum aku
tangis kamu
tidakkah ada cerita

sedih aku
tawa kamu
adakah ia direka

Tuesday, November 2, 2010

dari jauh

awak gembira
ramainya disekeliling
raikan
senyum tidak henti
tawa sesekali
hati berbunga
 tapi
aku melihat dari jauh
tidak sampai menghampirimu
belum lagi diarah perintah Tuhan
mengirim bau setanggi
dan aku doakan
riangmu berpanjangan
nun disana
daun daun kering
berguguran
harus disana dulu
kerana tugasku..

Monday, November 1, 2010

keras hati lelaki

ia waja
ia satria
ia juga wira
segala putera
namun
bila sidia muncul
dengan gaya
dengan jelita
dengan anggunnya
jatuh juga ditangan exora..

lalu perdana pun ditinggalkan...
begitulah ku baca pada hati lelaki.
matanya sentiasa berkaca
melihat yang seksi geloranya tersiksa..

marah marah

semalam marah marah.
malam marahnya hilang
diranjang nafsunya bersepai
pada perasaan yang kayu mati
ada titis mengalir,seiring terkulai sang gelembai
raja sumpah yang sering tersasar arah

semalam marah marah
hari ni diam meradang
wajah kelat menyingga
apa mahumu wahai raja sesumpah
hidupnya kau lukiskan seakan dineraka

Sunday, October 31, 2010

akukuchiwaa

panas terik mentari
peluh dihati
harapkan hujan
turunnya titis titis
seperti air mata
sekejap mengalir
tak dapat menyiram
sakit ku  kuciwa

guruku

kamu didalam hati
tidak berani
untuk aku katakan tidak
untuk setiap perkataan mengajak

justru aku menhormati kamu
dan jangan menguji
untuk nama kesetiaan atau siapa aku
dalam melihat pandanganmu


sebenarnya kamu juga perlu tahu
untuk kamu.aku bukan aku.
aku tidak lagi
melihat kamu yang menjadi tugu
tinggalkan kamu dan jauh dariku
kerana aku sedar,
tugu itu hanya kenangan

aku tidak lagi
melihat kenangan yang menjadi tugu
tinggalkan segalanya kerana aku tahu
aku sedang diuji

selamat hari jadi

tanpa ada apa apa
doa mengiringi dengan pejaman mata
menarik nafas beban rindu
mendera minda enggan berlalu
muga berbahagia dengan segala rahsia
muga bergembira dengan luka luka yang
mampir hatimu kepada yangEsa

selamat hari jadi
semuga  dimurahkan rezeki
dimudahkan urusan
dalam perjuangan


hari ini
hadiah dariku
adalah senyuman
yang akan terhenti 
dalam bayangan

                                               
yang bisa punyai dunia selepas no3.

Saturday, October 30, 2010

hujan

hujan itu pemberi kehidupan
hujan itu pembawa berita
memberi petanda
suka dan duka