Sunday, October 31, 2010

akukuchiwaa

panas terik mentari
peluh dihati
harapkan hujan
turunnya titis titis
seperti air mata
sekejap mengalir
tak dapat menyiram
sakit ku  kuciwa

guruku

kamu didalam hati
tidak berani
untuk aku katakan tidak
untuk setiap perkataan mengajak

justru aku menhormati kamu
dan jangan menguji
untuk nama kesetiaan atau siapa aku
dalam melihat pandanganmu


sebenarnya kamu juga perlu tahu
untuk kamu.aku bukan aku.
aku tidak lagi
melihat kamu yang menjadi tugu
tinggalkan kamu dan jauh dariku
kerana aku sedar,
tugu itu hanya kenangan

aku tidak lagi
melihat kenangan yang menjadi tugu
tinggalkan segalanya kerana aku tahu
aku sedang diuji

selamat hari jadi

tanpa ada apa apa
doa mengiringi dengan pejaman mata
menarik nafas beban rindu
mendera minda enggan berlalu
muga berbahagia dengan segala rahsia
muga bergembira dengan luka luka yang
mampir hatimu kepada yangEsa

selamat hari jadi
semuga  dimurahkan rezeki
dimudahkan urusan
dalam perjuangan


hari ini
hadiah dariku
adalah senyuman
yang akan terhenti 
dalam bayangan

                                               
yang bisa punyai dunia selepas no3.

Saturday, October 30, 2010

hujan

hujan itu pemberi kehidupan
hujan itu pembawa berita
memberi petanda
suka dan duka