Tuesday, December 21, 2010

TUAN.....

tuan
saya disini ingin mengoyak langit
melihat apakah yang ada didalamnya
ciptaan yang tak mampu aku akalkan 
dalam pemikiran
tuan.
saya ingin menunduk bulan
biar saya boleh berbicara dengannya
memohon cahayanya untuk seluruh kehidupan
tuan,
saya ingin mengapai bintang bintang
biar saya nampak terbilang
biar orang datang
biar orang pandang 
agar saya tidak kesepian

tuan
kata kata ini datang dari puan.......

2 comments:

  1. mentari petang
    yang sudah hampir
    keparas horizon itu
    masih mampu memancarkan
    kemilaunya menyilau mata ku
    kerana ia masih perkasa gagahnya
    mencelah diranting dan daun bambu itu
    masih mampu ia menikam kanta mata ku
    kerana dia masih perkasa gagahnya
    kerana langit petang gemilang
    tanpa gangguan selaput awan
    demikian juga barangkali
    perkasa urusan kehidupan
    kalau bebas ia dari ganggu halang
    kalau bebas ia dari gelojoh perebutan
    kalau sebenar tertegap sebuah kedaulatan

    Ya Allah bilakah akan jelma ia di bumi ini.

    ReplyDelete
  2. salam clj.muga tuan terus sihat.terima kasih kerana sudi tinggalkan komen komen yang bernafas lega di blog saya.

    dr gambaran gambar saya menyetujui kata kata tuan bahawa pengalaman itu bertambah cantek kalau kita menilainya..kehidupan seperti roda masa seharian.dari fajar hingga ke senja..tetap ada maksudnya..

    ReplyDelete