Thursday, December 9, 2010

aku tanpa wajah

pandangan tidak tertumpu kearah manapun
lantaran buta  menilai budi manusia
nafas pun tidak ku sedut dalam dalam
ku biarkan ia begitu saja,hidup seadanya
senyuman tidak ku lihat ia suatu yang menggembirakan
namun tetap terukir dalam kepayahan
ku abadikan ia dalam hidup yang saja saja
mana khutradku melawan arus
mana setiaku pada dugaan
dan mana janjiku pada kehidupan
aku tenang dengan seadanya
biarkan saja apa apa
diwajahku tiada apa yang mahu ku lihat
dicermin pun aku berpaling
aku kehilangan rupaku
kehilangan diriku jua.....

2 comments:

  1. Rupa rupanya manusia itu adalah kehidupan
    perlu pada rupa perlu pada wajah perlu pada jiwa
    namun tanpa usaha dan perjuangan semuanya tiada
    demikian rupanya kehidupan itu rupa rupanya
    menuntut kesedaran dan tanggung jawab
    insan bernafas yang menyedut udara
    atau akan hilang ia entah kemana

    ReplyDelete
  2. salam tuan clj.
    terima kasih kerana sudi memberi komen disini.
    kehidupan tak semestinya patuh kepada kemahuannya semata kecuali jika ia menang pada cubaan....

    ReplyDelete