Sunday, December 12, 2010

lelaki itu....................

jauh dinihari keawal pagi
selimut sutera namun lenanya terjaga
semyap sunyi namun tiada mimpi
matanya pejam mindanya terbuka
resah apa mengugat tidur yang mengembara
antara dunia reality dan fantasi
lelaki itu......
tenang dimuka resahnya ketara
sembunyi rasa payah dalam jiwa bergelora
hidup nampak sempurna dan dipuja
namun seakan sukar bahagia direncana
kerana apa....lelaki itu
selamanya berdusta....dengan cinta
setianya juga tidak dijaga
hati rapuh dengan rayuan wanita
hati isteri juga tercela....
lalu dia dengan dunianya
pejam mata dalam tidur terjaga
gelisah payah........

No comments:

Post a Comment