Wednesday, March 23, 2011

tertanya

siapa kamu
datang diam tak bersalam
pergi tak ada jawaban
tertanya sekian lama
siapa kamu sebenarnya.

Friday, March 18, 2011

hargai

harga mahal sebuah persahabatan
hargai mahalnya tertunas perasaan
kasih sayang antara batasan
tumpahnya melaut tidak bersempadan
sesenang datang.sesenang hilang
namun tegar tinggalkan kenangan
luka dituris sembuh sendiri
akur sakit makan hati
bukan harap seberang padi
runtuh pagar yang memagari
hargailah nilai yang sedikit
simpan pesanan doa dihujung hari
hanya yang mendekati iklasnya memberi
jangan abaikan ,keiklasan persahabatan.

Tuesday, March 15, 2011

ada masanya.

sendirian dalam sibuk,airmata tiba tiba jatuh. rasa sebak yang tiba tiba menjengah.tangan ditangkupkan kemuka seiring mengambil nafas lega.dibiarkan seketika.kenapa tiba tiba?
soal balas hati yang hanya menjiwai dapat meneka rahsia apa yang terjadi dalam santun ini.budi yang luhur dan kuat jiwa dalam pemberotakkan .cemerlang tenang digapai dalam senyap.sesenyap malam yang yang tidak ditemani terang bulan atau gemerlap bintang.

air mata ini tetap mengalir walaupun dipujuk apa gunanya menanggisi.sesekali terlepas juga satu beban bawa gelisah yang tak mampu disorokkan lagi.berdosa membawa diri hanyut dalam lautan yang tak bertepi.sedang diri diuji menyerlah juga kekerdilan bawaan emosi,

ada masanya keputusan dilukis pada cermin yang retak.wajah arca seperti menamatkan kata kata.
sudahlah..masa sudah menghampiri.

rakan perjuanganku dari sini

skrin ini adalah medan juang serasi
tanpa wajah namun bergema suara suara
memihak kebenaran dengan wadah sendirian
korbankan selesa lena dan selesa fikir
merungut berganti zikir
air mata kamu jangan jatuh dalam telapak tangan
biar setitis itu bertukar wajah darah
jangan hiraukan beban pahala dengan ganjaran
kerna Dia memberi kamu disana dan disini
yang disembunyikan dalam keredaan.
jangan patahkan semangatmu
yang mengalir tetap berturunan mewarisi
melihat kamu dengan ganjaran doa
dan percayalah
"niat kamu.juang kamu dititis tinta emas oleh para malaikat.

Friday, March 11, 2011

tenang

aku sudah tenang
dan bertenang
sudah terlepas gelora
yang menghanyutkan

jangan kocakkan air
 yang akan beralun kembali.
biarkan begini saja
tenang kehujungan

Saturday, March 5, 2011

sejarah yang kau cipta

kamu ingin menggengam kuasa
terpedaya .dan tertelan kata kata
harapan dan semangat kentalmu menjual darah bangsa
takut pada janji janji mereka
yang kamu termakan budi
atau ada misteri terjadi
rahsia dipegang akurjanji
lihatlah simbolek matamu
menyembur sejarah hitam
untuk ditatapi keturunanmu
dan kesian mereka. mereka
dicemuh lantaran durjananya kamu
namamu disiat siat sebagai pengkhinat

didalam sana kamu akan ditanyai
apa tanggungjawabmu pada dunia
pada keluarga.pada anakbangsa
pada agama.
siapa yang mendoakan kamu untuk jawapannya....

Friday, March 4, 2011

terkesan

memintas ingatan dalam seisi ruang waktu
terhenti tiba tiba bagai malaikat berlalu
tersebutkah namaku dibibirmu dan hatimu
terkesan dalam diamku seketika.
bertanya dalam diri.memacu gerak hati
dalam lintasan diam dan sunyi
malu menaksir 
malu sendiri
malu dengan normal alam
tunduk meragut percik api
menyala dalam kesamaran
cahaya berganti bulan.



Tuesday, March 1, 2011

monolog sebuah kehilangan......

dalam pandang ihsan,normal kita bukan mahukan permusuhan.kalau boleh lawan pun nak jadikan kawan.namun senang perkiraan jangan cari pasal menyolok sarang tebuan.biarkan mereka yang menjadi tebuan yang sesekali menggigit perdengaran.kita dipihak yang sabar walaupun hati tercabar.anggap jihat untuk tidak menjarakkan persahabatan.

senyuman jangan kedekut.dan jihat dalam menderma untuk ketenangan.yang iklas akan terpantul keiklasan itu
dalam bahasa tubuh.senangnya hukum karma yang mudah.inilah jihat iman yang mesti disembunyikan.kalau di beritakan akan menjadi riak dan maki tersirat.luahan" aku mendapat hidayah."..sedangkan kita belum pasti adakah itu betul datang dari pencipta bumi dan langit atau sekadar bisekkan nakal anak anak syaitan yang direjam.

sepatutnya yang tersedar dari kelekaan sebelumnya,haruslah bershukur dengan mendiamkan diri.mencari jati diri yang baru dan beramal sebanyaknya dalam pertapaan yang abadi.kembalikan anak anak yang terseret jauh dari kelalaian bersama sama berjemaah dalam keinsafan.bukan menghebohkan tentang kecuaian amanah masa lalu.ibarat meludah kelangit......jangan salah kan sesiapa dalam mendidek anak anak.sebab ia bermula dari niat awal dalam alam rahim lagi.

pecah belah tak boleh ditautkan kiranya hati dinodai oleh kebencian tahap maksima.dan luahan dari kebencian ini terlihat dari sikap kasar yang meragut hati kawan.saudara dan sesiapa saja.biar sekalipun ia mengamuk dalam jiwa.hidup tidak akan tenang kerana normal kepercayaan terpecah dua.
tidakkah nasihat "kembalilah kepada islam"seolah kita sudah menjadi tidak islam..
atau sudah berkurang nilai nilai islam yg dipegang.Iman antara kita dengan DIA.tidak perlu dipertontonkan.