Thursday, January 27, 2011

bersedialah

kamu ditelanjangi oleh sejarahmu sendiri
bila kamu mula ingin mendepangkan tangan
menepuk dada,menjulang nama
pasrah pertama yang ditempuhi .cukup memakan urat urat kehati

bersedialah
kamu ditelanjangi oleh mereka yang bekerja memusuhimu
bila kamu mula berpaling tadah
memperjuangkan wadah silang pangkah

bersedialah
kamu ditelajangi oleh budipekerti dirimu sendiri
bila kamu tergelincir.baik mu dipandang sepi
gelodak dan arusnya amat deras diharungi

bersedialah
kamu ditelajangi oleh mereka yang menuntut kewajiban
bila kamu mula beralasan urusan diluar adalah keperluan
dan kasihmu tersepuk diantara mereka yang ditinggalkan
keluargamu yang mungkin kehampaan

bersedialah kamu bila ditelanjangi
jawatan akhir yang dilepaskan
meninggalkanya dan dan berpaling arah
menongkah arus dalam tangan masih berpegang


untuk dia....kdg2 rasa simpati..kerana kita sewanita....

1 comment: