Tuesday, March 1, 2011

monolog sebuah kehilangan......

dalam pandang ihsan,normal kita bukan mahukan permusuhan.kalau boleh lawan pun nak jadikan kawan.namun senang perkiraan jangan cari pasal menyolok sarang tebuan.biarkan mereka yang menjadi tebuan yang sesekali menggigit perdengaran.kita dipihak yang sabar walaupun hati tercabar.anggap jihat untuk tidak menjarakkan persahabatan.

senyuman jangan kedekut.dan jihat dalam menderma untuk ketenangan.yang iklas akan terpantul keiklasan itu
dalam bahasa tubuh.senangnya hukum karma yang mudah.inilah jihat iman yang mesti disembunyikan.kalau di beritakan akan menjadi riak dan maki tersirat.luahan" aku mendapat hidayah."..sedangkan kita belum pasti adakah itu betul datang dari pencipta bumi dan langit atau sekadar bisekkan nakal anak anak syaitan yang direjam.

sepatutnya yang tersedar dari kelekaan sebelumnya,haruslah bershukur dengan mendiamkan diri.mencari jati diri yang baru dan beramal sebanyaknya dalam pertapaan yang abadi.kembalikan anak anak yang terseret jauh dari kelalaian bersama sama berjemaah dalam keinsafan.bukan menghebohkan tentang kecuaian amanah masa lalu.ibarat meludah kelangit......jangan salah kan sesiapa dalam mendidek anak anak.sebab ia bermula dari niat awal dalam alam rahim lagi.

pecah belah tak boleh ditautkan kiranya hati dinodai oleh kebencian tahap maksima.dan luahan dari kebencian ini terlihat dari sikap kasar yang meragut hati kawan.saudara dan sesiapa saja.biar sekalipun ia mengamuk dalam jiwa.hidup tidak akan tenang kerana normal kepercayaan terpecah dua.
tidakkah nasihat "kembalilah kepada islam"seolah kita sudah menjadi tidak islam..
atau sudah berkurang nilai nilai islam yg dipegang.Iman antara kita dengan DIA.tidak perlu dipertontonkan.

No comments:

Post a Comment