Wednesday, February 16, 2011

emosi

sembunyikan rasa benggang.Dalam bulan merah didada malam.menqarik nafas dalam dalam.seperti upacara senaman pagi.seperti mahu mengeluarkan kepala bayi.Tarik nafas dalam dalam.luahkan perlahan lahan.Jeritlah sekuatnya dalam hati.kemudian berintifarlah seperti dosa membunuh nyawa.

Pandang dalam kegelapan.cari cahaya setiap sudut.masuklah dalam lorong lorong hati yang gelap.merendah diri dan bayangkan kita musafir digurun sahara.hidup sentiasa dalam pertimbangan.Dalam nafsu kebuasan syaitan.mengoda untuk menyesatkan iman.

Pintu diketuk.bertalu talu.Aku diam.lama lama pengetuk pengetuk pintu berundur faham.Ada sesuatu berlaku pada jiwa didalam.Yang perlu dileraikan dengan cara berlama lama...diam menyendiri.memberontak dalam perang kekalutan jiwa.

Sebenarnya kenapa.Banyak perkara yang tak terluahkan dan aku cuba lupakan dengan senyum senyum kambing begitu.berpura pura hidup ketawa yang mereka tawanya dalam tangisan.hidup hipokret.suka direkanya duka.duka dijadikan jenaka.sedih ku katakan tiada.jauh jauh ku benamkan dalam dada.Perlukah aku jujur untuk simpati.....Aku siapa untuk dapat simpati sesiapa?

pintu ku buka.Pengetuk pintu terus menjengah....Aku tersenyum dan berkata...kerja sudah habis.....Aku senang hati melihat baju baju yang tersusun rapi dan rupa kemasan bilek yang bertukar wajah...Emoku telah aku positifkan sebaik mungkin.......

bayangkan yang comel

No comments:

Post a Comment