tulang temulangku seakan patah semua
sendi sendi seakan tercabut dari penghubungnya
bernafas yang payah.seakan beban memhempap dada
memanggung kepala seakan batu terikat didasarnya
ini adalah kesakitan
yang ku rasa azabnya sementara
dan ku belajar darinya
azab yang lebih derita disana
dikiri kananku adalh kata kata pujukan
yang terluah dari hati tanpa henti
mohon kesabaran hanyalah dugaan
supaya bershukur dengan rezeki nya kesihatan
Maka bersyukurlah kita
ReplyDeletekerana telah diberi peluang
merasakan peritnya kesakitan
kerana dalam menggelupur
menanggung peritnya
kita mendapat pengajaran
diberi hidayah menerima kesedaran
malanglah mereka yang menanggung payah
tenggelam dalam kealpaan nenuding jari
mencari peluang meletakkan salah
pada orang yang mudah
dijadikan sasaran.
sesungguhnya amaran datang berkali kali untuk kita mengambil iktibar darinya.....
ReplyDelete